Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadhan Almubarak....







sudah lama aku tidak menjengah ke blog yg tidak seberapa ini..ketiadaan idea dan mood menyebabkan aku melupakan sebentar dunia berbloging ni..Namun, apabila melihat Puan Yati kembali aktif berblog, aku rindu pada ruang blog aku dan akhirnya stlh menyelesaikan beberapa tugas urgent, aku mula menjengah ke sini..

Setahun sudah berlalu, bulan Ramadhan muncul kembali..alhamdulillah, aku msh diberi peluang untuk menyambut puasa kali ini bersama org yg dicintai dan semoga Ramadhan kali ini akan menjadi titik permulaan bagi hidup kami..Aku ingin membina kembali hidup aku yg pernah suatu ketika dihancurkan oleh makhluk Tuhan yg bertopengkan manusia, namun hatinya dilingkari taring syaitan yg tajam menikam..Biarlah aku buang jauh ingatan terhadap makhluk itu, walau setiap masa kotak fikiran aku berputar mengingatkan dendamku yg masih membara..

Namun, sempena kedatangan Ramadhan yg Mulia ini, akan aku cuba membersihkan hati aku..Menjernihkan fikiran aku..Memadamkan segala dendam yg membara ini..Takut andai tahun ini adalah tahun terakhir aku berpuasa..Takut juga andai tahun ini merupakan tahun terakhir makhluk itu berpuasa..siapa tahu..

Sempena Ramadhan yang Mulia ini, marilah kita sama-sama mengejar syafaat yg dibawa oleh bulan Allah yg mulia ini..Juga, selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Islam..marilah kita sama-sama cuba menjadi lebih cemerlang...

No comments:

Post a Comment