
semakin lama, semakin bnyk dugaan yg mendatang..Pelbagai mslh, ujian, dugaan dan pengkhianatan datang kpd aku, bertimpa2.. Dari segi kehidupan, kesihatan, kewangan, pekerjaan dsbnya.. Semuanya penuh cabaran..Aku tidak tahu sampai bila aku blh bertahan..aku tidak tahu berapa peratuskah kesabaran yg msh tinggal bersama aku.. Aku tidak tahu bagaimana harus aku menghadapinya.. Aku tidak tahu adakah aku masih lagi kuat utk menghadapi segala yg bakal mendatang...
kekadang, aku rasa seperti sgt bodoh..kekadang aku rasa aku ini jahil..kekadang aku rasa aku kejam.. kekadang aku rasa aku ini amat zalim.. Kenapa aku rasa mcm ni? kenapa aku diperlakukan mcm ni? aku memberikan madu, namun dibalas dgn tuba..aku sggp berbuat apa saje utk menolong seseorang yang kuanggap SAHABAT..namun, seseorang itu jugalah yang menjadikan aku sebagai musuhnya..Hina sgtkah aku ini? Bodoh sgtkah aku ini di pandangan matamu sehingga engkau mahu seluruh dunia membenci aku? Engkau memperkotak-katikkan aku...

Namun, syukur kerana Tuhan masih memberikan aku seorang yg dipanggil KEKASIH dan SUAMI.. Suami yg msh lagi setia bersama aku walau sedar aku ini dililit duri-duri yg tajam menikam..Suami yang msh sggp bersama-sama aku mendaki gunung yg penuh berbatu.. Suami yg sentiasa menyedarkan aku saat aku teleka.. Suami yg membawa aku ke tepian saat aku lemas di tengah lautan.. Suami yg masih menyayangi aku saat seluruh dunia membenci aku..
Tapi, aku tak tahu selama manakah cintanya mampu bertahan..masihkah sggp dia di sisiku seandainya ditakdirkan aku gagal memberikannya pewaris takhta? masihkah dia setia bersamaku andai aku bukan lg aku? AKU TAK TAHUUUU!!!!
Apa yg aku tahu sekarang, aku perlu percaya padanya, biarlah apapun yg berlaku di kemudian hari.. Kerana dialah satu-satunya harapanku untuk terus mendaki ke kemuncak bahagia yg tertinggi..
Abe, TQ sayang for always be at my side..Eventhough you are not a perfect man, but I know you are trying hard to be one.. And I really appriciate that..It is an honour to be your wife.. Just hope that we will be together forever, and live happily ever after.. And hope Allah will listen to our cries and may one day, he will give us the sunshine...:-))

No comments:
Post a Comment